Wednesday 10 August 2011

04

Kahwin itu satu perkataan yang sangat besar bagi aku. Besar as in BESAR GILA! Tapi kahwin juga satu perkataan yang aku sendiri tak reti nak tunggu untuk rasai. Aku bukan nak emphasize yang aku memang miang nak kahwin sangat di sini (walaupun hakikatnya memang aku gatal nak kahwin dah), tapi aku suka nak bercerita pasal proses sebelum nak kahwin tu sendiri seperti TUNANG.

Tunang atau engaged adalah satu term yang aku amat-amat takut bila dengar hanya kerana kata mereka, dugaan dalam jangka masa pertunangan adalah MAHA HEBAT. Di sini saya ingin juga meluahkan rasa cuak saya ketika Encik Boifren pernah berkata, "Hujung tahun ni, Insyallah kita nak tunang dengan awak. Kita ikat setahun sebelum kita nikah"

Kerisauan aku tu terletak tepat pada tempoh jangka masa tunang tu sendiri iaitu SETAHUN. Lalu, aku yang sangat dramatic ni pun menjawab, "Hmmm kalau kalau kalau kita pendekkan setahun tu jadi setengah tahun boleh tak?" sambil memintal-mintal kertas tisu yang dah serupa roti kirai. Jawapan yang aku terima sangat logik tapi bukan jawapan favorite.

"Dah tu, kalau tak cukup duit, nak kawin pakai apa? Nak petik duit kat mana?"

Diam* "Betul jugak. Oklah."

Dari senario di atas, aku pun selalulah menyedapkan hati, "Eleh, kalau kau boleh tunggu 3 tahun sebelum nak tunang, SETAHUN  apa ada hal"

The only thing yang aku sangat-sangat stuck right now is MONEY! Tapi ada satu saying yang aku tahu, semua orang nak jerit tepi telinga aku,

"KALAU DAH JODOH TAK KE MANA"



girlondiet

No comments:

Post a Comment